Wednesday, 28 October 2015

PENGENALAN KEPADA KHIDMAT PERUNDINGAN MAKLUMAT PELANGGAN





OBJEKTIF
Ia bertujuan untuk menerangkan mengenai khidmat layanan kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat pelanggan, sejarah perubatan, gaya hidup, kebimbangan dan keperluan pelanggan pada borang rekod analisa yang telah disediakan untuk disimpan.

PENGENALAN MEREKOD MAKLUMAT PELANGGAN
Borang analisa ialah kad yang mengandungi semua maklumat pelanggan yang datang ke tempat membuat rawatan. Ianya digunakan sebelum, semasa dan selepas rawatan dijalankan. Borang analisa juga diguna pakai ketika pelanggan datang kembali ke tempat rawatan. Borang analisa perlu sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

TUJUAN MEREKOD MAKLUMAT PELANGGAN
  • Untuk mewujudkan rekod profil pelanggan.
  • Untuk rujukan masa akan datang.
  • Untuk memberi jaminan bahawa mereka memberi persetujuan bagi rawatan yang akan dilakukan.
  • Untuk memaklumkan pelanggan tentang promosi terbaru yang akan dilancarkan serta produk dan perkhidmatan yang baru.


ISI KANDUNGAN REKOD MAKLUMAT PELANGGAN
  • Maklumat pelanggan yang terdiri dari nama, umur, jantina, pekerjaan, nombor telefon dan alamat.
  • Sejarah perubatan yang terdiri dari keadaan kesihatan dan alahan ubatan.
  • Gaya hidup yang terdiri dari diet dan tabiat.
  • Kebimbangan pelanggan yang terdiri dari tekanan, sakit otot, kekejangan, obesiti dan lain-lain.
  • Keperluan pelanggan yang terdiri dari pakej perkhidmatan, produk, caj/yuran, cara pembayaran, diskaun/promosi dan lain-lain perkhidmatan.

KEGAGALAN MEREKOD MAKLUMAT PELANGGAN
  • Kegagalan untuk memproses rekod dan tidak dapat memberi maklumat tentang perkhidmatan yang tersedia.
  • Tidak dapat mengemaskini maklumat pelanggan.
  • Pelanggan tidak mendapat maklum balas tentang promosi pelancaran terkini.
  • Menjejaskan komunikasi antara pihak.

CONTOH BORANG MEREKOD MAKLUMAT PELANGGAN

Borang analisa bahagian hadapan:



 Borang analisa bahagian balakang:

10 comments:

  1. assalam kak..nk mtk izin copy kad nie kak... =) bley x

    ReplyDelete
  2. ASSALAM PUAN IZIN UTK COPY YA. TQ

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak nak mintak copy utk assignment

    ReplyDelete
  4. puan mintak izin copy ye terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalam izin copy thankyou :)

    ReplyDelete
  6. assalamulaikum minta izin copy sebagai bahan rujukan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, nak copy ye buat semakan.thanks in advance

    ReplyDelete